Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sebagai reaksi terhadap serangan Israel terhadap Pusat Penyelidikan Sains Syria, Hizbullah mengeluarkan kenyataan berikut:Berbekalkan semangat agresif dan persetuan yang dimilikinya, Israel bertindak melaksanakan keagresifan terhadap Pusat Penyelidikan Sains dalam negara Syria sehingga menyebabkan beberapa orang saudara Syria gugur syahid, mencederakan beberapa orang yang lain dan memusnahkan kemudahan awam demi mencegah mana-mana kuasa Arab atau Islam daripada meningkatkan kekuatan dan membangunkan keupayaan askar serta teknologi.Sesungguhnya Hizbulllah mengutuk keras pencerobohan terbaru Zionis ke atas Syria ini, dan melihat bahawa serangan ini mendedahkan dan membongkar latar belakang apa yang sedang terjadi di Syria sejak dua tahun lalu, manakala dimensi-dimensi jenayah bertujuan untuk memusnahkan Syria, askarnya dan menjatuhkan peranannya dari garis perjuangan Moqawamah, melanjutkan konspirasi besar terhadapnya dan terhadap orang Arab serta Islam.Apa yang berlaku di Syria semalam, daripada tindakan ganas Israel adalah tindakan meluaskan dan menguatkan serangan keji masyarakat antarabangsa dan negara-negara Arab serta Islam. Namun masyarakat ini seperti biasa, kebanyakannya daripada mereka hanya menelan lidah dan mendiamkan diri dari mengutuk atau menunjukkan sikap serius yang bernilai bilamana Israel melakukan tindakan ini. Kita tidak menganggap sikap yang menjijikkan dan membosankan ini sebagai aneh.Sesungguhnya Hizbullah menyatakan perasaan yang penuh kesetiakawanan bersama Syria dalam kepimpinan, ketenteraan dan kerakyatan. Hizbullah menegaskan betapa pentingnya menyedari beberapa bahaya yang disasarkan terhadap Syria, dan menjadikan kekerasan ini sebagai pencetus kemuafakatan dan keyakinan terhadap dialog politik untuk mencari penyelesaian terhadap hak-hak darah rakyat Syria, termasuklah memelihara Syria, melindungi peranan serta kedudukannya dalam menghadapi musuh.
4 Februari 2013 - 20:30
News ID: 388068
Tindakan Israel ke atas Syria membongkar konspirasi Zionis